" ...kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang tetapi kebahagiaan boleh dimiliki dengan kasih sayang..."

Friday, October 25, 2013

Sudikah Awak.??

Sudikah awak.???

"janganlah kamu memilih perempuan yang musyrik sebelum ia memeluk islam. Sesungguhnya ia lebih baik daripada perempuan musyrik. Janganlah kamu memilih lelaki yang musyrik sebelum ia memeluk islam. Sesungguhnya ia lebih baik daripada lelaki musyrik". Surah Al Baqarah  221


Dalam banyak-banyak perkara dan benda yang kita sering lakukan. Sudah tentu kita perlu berfikir akan masa depan kita kelak dimana kita semua mahu mendirikan rumahtangga yang bahagia menuju ke Syurga. "Sudikah Awak" adalah ayat yang paling mudah untuk kita ungkapkan tetapi hati sangat jauh untuk membezakan adakah dia untuk kita. Tidak kiralah lafaz yang bagaimana samada si lelaki melafazkan hajatnya pada seorang wanita atau wanita melafazkan hajatnya pada seorang lelaki. Apabila kita telah betul-betul ingin menyampaikan hajat kita, ingatlah wahai sahabat-sahabat. Janganlah terlalu gopoh membuatkan keputusan sebelum kita merujuk, meneliti, selidik, mengenal antara satu sama lain, serta memohon kepada sang Pencipta agar hati kita terbuka untuknya.

Apabila pilihan yang kita buat itu tepat yakinlah bahawa kita telah mewujudkan suasana kebahagiaan bersama pasangan kita serta menjadikan sebuah kehidupan yang lebih baik seperti anugerah Tuhan berikan kepada kita. Hati akan menjadi lebih tenang selepas kita bersama dan senang bertolak ansur pabila melakukan sesuatu kerja. Tipulah jika kita sebagai manusia tidak diuji dengan masalah. Tuhan sentiasa menguji manusia apatah lagi jika seseorang itu dalam keadaan senang. Oleh itu, jangan kita tanamkan sifat putus asa. Kerana Tuhan ingin menguji kita sejauh mana tahap kesabaran seseorang manusia.

Jadi, lafazkanlah "sudikah awak" kepada insan yang kita betul-betul rasa dialah untuk kita yang boleh menjana senyuman dan kebahagiaan dala kehidupan kita. Jangan kita memendam perasaan suka kerana kelak ia akan menyeksa diri kita membuatkan kita rasa jauh dengan keadaan sekeliling kita. Mohonlah pada sang Pencipta agar kita diberi petunjuk dengan sebaik-baik yang kita inginkan. Sudah termaktub di dalam kalamullah bahawasanya Tuhan menyuruh kita "memilih" bukannya "membuat pilihan". Tuhan bukan menyuruh kita meletakkan dan menyerahkan jodoh kepada-Nya sebelum kita berusaha mencari tetapi Tuhan menyuruh agar kita berserah kepada-Nya setelah kita penat berusaha dan tidak mampu melakukannya. Ingat, kita manusia. Tidak semua apa yang kita inginkan kita akan perolehi. Tetapi tidak wajar jika benda yang kita sangka akan dapat, kita akan memilikinya. Yang penting kita jangan berputus asa.

Luahkan rasa hati kita... "sudikah awak"...

Semoga kehidupan kita semua akan menjadi lebih baik. Terima kasih awak...

Sakit Hati Dan Dengki . . .

Assalamu'alaikuum..

Sakit hati merupakan perkara yang sering melanda kita, dalam keluarga, di tempat belajar, di tempat kerja, dan sebagainya. Pelbagai perkara yang boleh menjadi penyebab kepada rasa sakit hati. Terutama sakit hati apabila ditekan, disiku, disekeh oleh orang yang rapat dengan kita, lebih-lebih lagi di tempat kerja.


Ada yang telah melihat rakan2nya yang membelot, mengampu, dan membodek pihak2 yang berkepentingan untuk kepentingan sendiri. Hinggakan ianya menjadi penyebab kepada sakit hati kepada kita. Kita bekerja, berusaha dengan cara yang betul untuk membantu organisasi, akan tetapi, orang yang lebih kuat “menampakkan dirinya” (baca: membodek) akan lebih dipandang, dan orang-orang yang menjadi mangsa ini akan terus ditekan dalam-dalam.


Hingga ada yang mengeluh, tidak mendapat ganjaran yang sepatutnya, ada yang terus menerus dengan jawatan yang sama hingga berpuluh2 tahun (baca: lebih dua puluh tahun dah kira dah). Sedangkan kaki hebat mengampu ini, telah menaiki tangga jawatan hingga 5 kali! Wahh...hebat...hebat sungguh ampuannya...apapun, sekiranya kita berada dalam situasi orang yang ditekan, dan tidak mendapat kebaikan, atau kelebihan yang sepatutnya, janganlah bersedih hati, dan janganlah terlalu tertekan, kerana kebaikan itu pasti akan muncul. Mungkin setahun, mungkin 2 tahun, mungkin 10 tahun, mungkin 20 tahun, dan insyaALLAH, yang pastinya, kebaikan itu akan “muncul” di akhirat kelak.

Jadi, kembali kepada asalnya, dalam melaksanakan setiap perkara, dalam setiap perbuatan, yang paling penting, adalah NIAT. Ya! dengan niat yang ikhlas, kerana ALLAH s.w.t akan menjadikan hati-hati kita menjadi lebih tenang.Dengan niat ikhlas, kita akan redha dengan “perbuatan” ampu-ampuan ini, dan mendidik kita menjadi insan, MUSLIM yang lebih baik. Sama juga seperti SOLAT. Dengan niat yang ikhlas, tidak mahu menunjuk2, atau punya “kepentingan peribadi”, insyaALLAH, solat akan juga menjadikan hati kita lebih tenang dan redha dalam setiap perkara.


Wallahu'alam...Masih sakit hati? Ikhlaskanlah hatimu...

Monday, September 23, 2013

Pernahkah Awak Faham...

Pernahkah awak faham... Dalam dunia ini tidak boleh kita hidup keseorangan tanpa ada someone yang bersama dengan kita. Samada ibubapa, saudara mara, teman hidup dan whatever yang kita ada. Dulu kita lain sekarang kita lain. Dunia sentiasa berubah, samalah dengan manusia. Rambut tak selalunya hitam. Langit pula tidak selalunya cerah. Setiapa ungkapan yang kita lontarkan sangat memberi kesan yang sangat tinggi, jika baik ungkapan kita maka baiklah perbuatan kita. Kalau buruk ungkapan kita maka buruklah perbuatan kita. Seperti contoh dalam perhubungan antara satu sama lain, kalau antara satu sama lain tidak memahami apa keinginan seseorang itu, maka pudarlah dan sedikit demi sedikit akan luntur dan berakhir dengan perpisahan. Tetapi kalaulah kita memahami antara satu lain, tidakkah kita rasa bahagia.?? Bila memahami, hidup menjadi tenang, bahagia, senang hati, rasa seperti dunia seperti kita yang punya. Betul kan... Jadi, kamu fikirlah. Tidak perlulah kita mementingkan diri sendiri dan menipu diri sendiri. Maafkanlah kesilapan yang dilakukan kerna dengan belajar daripada kesilapan kita mampu mengubah kepada yang lebih baik.

Jangan suatu hari nanti kita bertepuk sebelah tangan.!!!

Sedih atau Menangis




Semua orang ada hati dan perasaan. Ayat yang mudah terkeluar daripada mulut kita sendiri, "kita benci orang ni", "kita benci orang tu"," rambut sama hitam tapi hati berbeza". Itulah yang selalu kita mampu ungkapan tetapi hakikatnya ia sangat berbeda kerana hati dan perasaan kita sangat lah lembut, samada lelaki ataupun perempuan. Lelaki mungkin terlebih sedikit egonya dan perempuan pula mungkin lebih kepada memiliki sifat cemburu. Tiada yang dapat memisahkan kita semua kecuali Tuhan yang arahkan agar nyawa kita dicabut. 


Siapa yang tak pernah itu adalah dia telah menipu diri sendiri dan menipu orang sekelilingnya. Sedih tidak mampu mengatasi emosi kerna dengan kesedihan tidak dapat mengubat hati kita melainkan apabila ada yang sesuatu luar biasa yang membantu kita. Seperti contoh, bila berpasangan dan bergaduh. Bila lelaki merajuk dan sedih sudah tentulah mengharapkan perempuan yang memujuknya. Itulah secara fizikalnya. Ibarat apabila air dicincang tidak akan putus. 



Ada bezanya di antara sedih dan menangis. Sedih kadang-kadang ia tidak nampak secara fizikal, kerna sedih melibatkan secara dalaman iaitu HATI. Menangis pula adalah secara fizikal, secara automatik bila kita melihat seseorang itu menitis airmata, itu tandanya ia MENANGIS. Hati memang sukar dipaksa, tetapi hati mampu dipujuk. 


Janganlah kamu lepaskan apa yang kamu sayang, jika tidak. Ia boleh membuatkan kita sedih dan menangis.!!! Terimalah ia seadanya.

Thursday, June 6, 2013


Pernah tak.??

Kalau kita mengharapkan sesuatu dengan harapan agar kita dapat memilikinya, tetapi kita tidak dapat apa yang kita inginkan. Yakinlah bahawa, pasti ada yang lebih untuk kita kerana Allah itu lebih mengetahui dan tidak akan sesekali membebankan diri seseorang hamba-Nya. 

# la takhaf wa la tahzan, innallaha ma'ana.

Friday, May 17, 2013

Mencari Ketenangan



Bersyukur atas apa yang dimiliki. Tak perlu iri atas keberhasilan orang lain, kerana Tuhan telah mempersiapkan keberhasilan untukmu juga.

Dalam setiap keindahan, selalu ada mata yang memandang. Dalam setiap kebenaran, selalu ada telinga yang mendengar. Dalam setiap kasih, selalu ada hati yang menerima.

# ku menitip kebahagiaan.

Ohhh Engkaulah Guruku...


Sempena menyambut ulangtahun hari guru, saya berkongsi sedikit sebuah kisah pada zaman para sahabat Dimana kisah tentang Imam As-Shafie. Nama sebenar Imam As-Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.
 

Mengisahkan seorang lelaki Badwi yang kotor, busuk,jijik, comot yang hadir ketika Imam As-Shafie tengah mengajar anak-anak muridnya. Lalu Imam As-Shafie bangun lantas terus memeluk lelaki Badwi itu dengan erat sekali kerana sudah lama tidak berjumpa. Anak muridnya kehairanan mengapa gurunya sendiri iaitu Imam As-Shafie memeluk lelaki Badwi yang kotor, jijik, busuk dan comot itu. Kemudian, anak muridnya bertanyakan pada gurunya, "Wahai guruku, mengapakah kamu memeluk lelaki Badwi tadi itu". Lalu gurunya menjawab, "Aku memeluknya adalah kerana ia adalah guru aku".

Kisahnya bermula ketika mana Imam As-Shafie sedang mengaran sebuah kitab iaitu tentang Fiqah. Kemudian, Imam As-Shafie terdiam untuk menyambung penulisan nya itu kerana memikirkan bagaimanakah ingin membezakan anjing yang cukup umur dan tidak cukup umur. Lalu Imam As-Shafie terlintas tentang seorang lelaki Badwi yang banyak memelihara ternakan kambing, semestinya lelaki Badwi itu tahu kerana ia juga memelihara anjing untuk menjaga haiwan ternakannya. Dan Imam As-Shafie terus bergegas berjumpa dengan lelaki Badwi itu. Setelah Imam As-Shafie bertanyakan pada lelaki Badwi itu. Lalu lelaki Badwi itu menjawab, anjing yang cukup umur adalah bila ia kencing ia akan mengangkat kakinya dan anjing yang tidak cukup adalah bila ia kencing ia tidak mengangkat kakinya. 

Kemudian, sebuah kitab Fiqah telah lengkap disiapkan dengan bantuan lelaki Badwi itu.Imam As-Shafie berkata pada anak-anak muridnya, dia adalah guruku yang telah mengajar aku pada suatu ketika dulu. Saidina Ali r.a berkata, orang yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah guruku.Begitulah sebuah kisah tentang guru, dimana persepsi nilai seorang guru sungguhlah bermakna dan bererti kerana tanpa murrobi atau guru, maka sukarlah untuk kita ingin menuntut ilmu atau melakukan sesuatu. Hormatilah guru samada ia mengajar kita atau tidak, ia tetap sebagai guru. TERIMA KASIH GURUKU.