Assalamu'alaikuum..
Sakit
hati merupakan perkara yang sering melanda kita, dalam keluarga, di tempat
belajar, di tempat kerja, dan sebagainya. Pelbagai perkara yang boleh menjadi
penyebab kepada rasa sakit hati. Terutama sakit hati apabila ditekan, disiku,
disekeh oleh orang yang rapat dengan kita, lebih-lebih lagi di tempat kerja.
Ada yang telah melihat rakan2nya yang membelot, mengampu, dan membodek pihak2 yang berkepentingan untuk kepentingan sendiri. Hinggakan ianya menjadi penyebab kepada sakit hati kepada kita. Kita bekerja, berusaha dengan cara yang betul untuk membantu organisasi, akan tetapi, orang yang lebih kuat “menampakkan dirinya” (baca: membodek) akan lebih dipandang, dan orang-orang yang menjadi mangsa ini akan terus ditekan dalam-dalam.
Hingga
ada yang mengeluh, tidak mendapat ganjaran yang sepatutnya, ada yang terus
menerus dengan jawatan yang sama hingga berpuluh2 tahun (baca: lebih dua puluh
tahun dah kira dah). Sedangkan kaki hebat mengampu ini, telah menaiki tangga
jawatan hingga 5 kali! Wahh...hebat...hebat sungguh ampuannya...apapun,
sekiranya kita berada dalam situasi orang yang ditekan, dan tidak mendapat
kebaikan, atau kelebihan yang sepatutnya, janganlah bersedih hati, dan
janganlah terlalu tertekan, kerana kebaikan itu pasti akan muncul. Mungkin setahun,
mungkin 2 tahun, mungkin 10 tahun, mungkin 20 tahun, dan insyaALLAH, yang
pastinya, kebaikan itu akan “muncul” di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment