" ...kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang tetapi kebahagiaan boleh dimiliki dengan kasih sayang..."

Saturday, November 13, 2010

KENAPA DICIPTAKAN NERAKA.???

Assalamualaikum...saya zul bukan nama sebanar...Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..">Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam.\Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.”  WAALLAHUALAM....!!!!!

Friday, November 12, 2010

FADHILAT BULAN ZULHIJJAH

HARI
KELEBIHANNYA
1 ZULHIJJAHkesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa
berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
2 ZULHIJJAHdoa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH
doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya
4 ZULHIJJAHNabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
5 ZULHIJJAHNabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 ZULHIJJAHAllah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,
barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
7 ZULHIJJAHpintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah.  Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 ZULHIJJAH, Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail.  Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.  Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.
9 ZULHIJJAH turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3.  Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat.  Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan.  Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu).  Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan  Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang
10 ZULHIJJAH adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih).  Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli  keluarganya.  Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada
Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.


Amalan Di Bulan Zulhijjah

HARI
AMALAN
1 hingga 9 ZulhijjahSunat berpuasa
8 ZulhijjahHidupkan malamnya dengan banyak beribadat
9 Zulhijjah
(Hari Wukuf di Arafah)
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji, 

  • Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali


  • Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..


  • Solat sunat qabliyah asar


  • Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali


  • Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.


  • Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib


  • Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa     bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...


  • Solat sunat tasbih


  • Solat sunat hajat


  • Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali

  • 10 Zulhijjah 
    Hari Raya Haji/Korban
    Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
     Melakukan korban
     11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik)hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
    29 atau 30 ZulhijjahSelepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.
    Allahu A'lam

    Thursday, November 11, 2010

    12 BARISAN DI AKHIRAT...............


    Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah
    SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan
    kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala
    ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah
    An-Naba':18

    Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah
    pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz,
    engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat
    besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan
    berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing
    dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan
    apakah 12 barisan tersebut :-

    Barisan Pertama
    Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan
    berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu
    seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
    adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti
    hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat
    kembali mereka adalah neraka..."

    Barisan Kedua
    Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah
    suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
    adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan
    solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali
    mereka adalah neraka..."

    Barisan Ketiga
    Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
    dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah
    orang yang enggan membayar zakat, maka inilah
    balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


    Barisan Keempat
    Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
    pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah
    orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah
    balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

    Barisan Kelima
    Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
    Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau
    busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
    "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
    derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula
    rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
    dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

    Barisan Keenam
    Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka
    terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi
    saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali
    mereka adalah neraka..."

    Barisan Ketujuh
    Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari
    mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka
    itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas
    kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali
    mereka adalah neraka..."

    Barisan Kelapan
    Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan
    kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang
    yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat
    kembali mereka adalah neraka..."

    Barisan Kesembilan
    Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
    bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan
    api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta
    anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka
    inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
    neraka..."

    Barisan Kesepuluh
    Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
    penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah
    orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
    balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


    Barisan Kesebelas
    Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta
    mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk
    lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan
    lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka
    dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang
    minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali
    mereka adalah neraka..."

    Barisan Kedua Belas
    Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang
    bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui
    titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari
    sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka
    adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat
    baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
    memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia
    keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya
    dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat
    keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha
    Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan
    Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika
    engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
    tahulah engkau betapa peritnya berpisah
    denganNya.....Wallahua'alam.

    Wednesday, November 10, 2010

    10 Seksaan Wanita Diperlihatkan Semasa Israq Mikraj Rasululullah s.a.w



    SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi
    Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan
    Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

    Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan

    (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.

    Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada
    dilihat lelaki lain.

    Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah

    (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan

    (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan

    (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan
    yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

    Baginda juga melihat bagaimana

    (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah p! unggung dan air pokok
    zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui
    anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

    Ada pula

    (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan
    dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh
    solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan
    tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin
    suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis
    haid dan nifas.

    Selain itu, Baginda melihat

    (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada
    api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki
    lain dan suka menceritakan aib orang lain.

    Baginda juga melihat


    (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
    Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang
    melihat akan perhiasannya.

    Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah

    (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala BABI dan badannya pula seperti
    keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka
    berdusta.

    Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang

    (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking
    masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan
    yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

    Wallahu'alam....

    soLat Lima Waktu - 80% tidak mengerjakannnya...!!!!



     (Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah).
    SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain.

    Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama.

    Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.

    Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.

    ``Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit.

    ``Malah ada juga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,'' kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari.

    Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini.

    Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari.

    Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika.

    ``Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama.

    ``Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum.

    ``Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja,'' terang beliau.

    Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati.

    Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.

    Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam.

    ``Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak.

    ``Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak.

    ``Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

    ``Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama,'' kata Fadzilah.

    Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya.

    Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang.

    Dr. Fadzilah mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat material.

    ``Allah s.w.t. menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah-Nya,'' ujarnya.

    10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhir


    LALUAN MENUJU KE KUBUR
    Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
    *Hindarkan perasaan irihati ( benci )
    *Jangan terpengaruh dengan harta dunia
    *Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )

    LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
    *Bersihkan diri dgn bertaubat
    *gembirakan hati orang mukmin
    *Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
    *Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala

    LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
    * Mengucap dua kalimah syahadah
    * suka memberi Sedekah
    * Berkata Benar
    * Bersihkan dan perbaiki diri

    LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
    * Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
    * Sucikan perkataan dan pakaian
    * Bersyukur dgn yang sedikit
    * Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

    LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
    * Jauhkan perkataan sia-sia
    *Pendekkan cita-cita dunia
    * Banyakkan puji pujian kepada Allah
    * Banyakkan sedekah dan khairat

    LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
    * Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
    * Berbaktilah pada ibu bapa
    * Berpegang teguh pada hukum syarak
    * Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

    LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
    * Banyakkan membaca al-quran
    * Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
    * tinggalkan perkara yang maksiat
    * Jauhkan segala yang haram

    LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
    * membuat kebajikan seberapa yang boleh
    * Kasihi orang yang soleh
    * kerjakan segala suruhan allah
    * Merendahkan diri di antara sesama makhluk

    LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
    * kasihilah nabi Allah Taala
    * kasihilah Rasullullah
    * tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
    * banyak selawat Nabi SAW

    LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
    *Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
    * Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
    * betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala
    * Bencikan segala yang diharamkan Nya."

    Lima cara untuk lakukan maksiat..!!!


    Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

    Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

    "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu
    layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

    "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian,
    apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

    Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

    "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

    "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

    Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak

    7 ayaT cinTa..............


    Sabda Rasulullah SAW:

    Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

    1. Bismillahhirrahmannirrahim;
    Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

    2. Alhamdulliah;
    Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

    3. Astagfirrullah;
    Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

    4. Insyaallah;
    Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

    5. Lahaulawalaquwataillahbillah;
    Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

    6. Innalillah;
    Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

    7. Laailaahaillallah;
    Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
    banyaknya.

    Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah.

    sEkapuR siReH............!!!!!!!!!!!

    Assalamualaikum dan salam sejahtera sume..!!!!!!!!!!!!!!saya zulhazmi..u all can call me zul....or anything...hehehe,...