" ...kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang tetapi kebahagiaan boleh dimiliki dengan kasih sayang..."

Friday, October 25, 2013

Sudikah Awak.??

Sudikah awak.???

"janganlah kamu memilih perempuan yang musyrik sebelum ia memeluk islam. Sesungguhnya ia lebih baik daripada perempuan musyrik. Janganlah kamu memilih lelaki yang musyrik sebelum ia memeluk islam. Sesungguhnya ia lebih baik daripada lelaki musyrik". Surah Al Baqarah  221


Dalam banyak-banyak perkara dan benda yang kita sering lakukan. Sudah tentu kita perlu berfikir akan masa depan kita kelak dimana kita semua mahu mendirikan rumahtangga yang bahagia menuju ke Syurga. "Sudikah Awak" adalah ayat yang paling mudah untuk kita ungkapkan tetapi hati sangat jauh untuk membezakan adakah dia untuk kita. Tidak kiralah lafaz yang bagaimana samada si lelaki melafazkan hajatnya pada seorang wanita atau wanita melafazkan hajatnya pada seorang lelaki. Apabila kita telah betul-betul ingin menyampaikan hajat kita, ingatlah wahai sahabat-sahabat. Janganlah terlalu gopoh membuatkan keputusan sebelum kita merujuk, meneliti, selidik, mengenal antara satu sama lain, serta memohon kepada sang Pencipta agar hati kita terbuka untuknya.

Apabila pilihan yang kita buat itu tepat yakinlah bahawa kita telah mewujudkan suasana kebahagiaan bersama pasangan kita serta menjadikan sebuah kehidupan yang lebih baik seperti anugerah Tuhan berikan kepada kita. Hati akan menjadi lebih tenang selepas kita bersama dan senang bertolak ansur pabila melakukan sesuatu kerja. Tipulah jika kita sebagai manusia tidak diuji dengan masalah. Tuhan sentiasa menguji manusia apatah lagi jika seseorang itu dalam keadaan senang. Oleh itu, jangan kita tanamkan sifat putus asa. Kerana Tuhan ingin menguji kita sejauh mana tahap kesabaran seseorang manusia.

Jadi, lafazkanlah "sudikah awak" kepada insan yang kita betul-betul rasa dialah untuk kita yang boleh menjana senyuman dan kebahagiaan dala kehidupan kita. Jangan kita memendam perasaan suka kerana kelak ia akan menyeksa diri kita membuatkan kita rasa jauh dengan keadaan sekeliling kita. Mohonlah pada sang Pencipta agar kita diberi petunjuk dengan sebaik-baik yang kita inginkan. Sudah termaktub di dalam kalamullah bahawasanya Tuhan menyuruh kita "memilih" bukannya "membuat pilihan". Tuhan bukan menyuruh kita meletakkan dan menyerahkan jodoh kepada-Nya sebelum kita berusaha mencari tetapi Tuhan menyuruh agar kita berserah kepada-Nya setelah kita penat berusaha dan tidak mampu melakukannya. Ingat, kita manusia. Tidak semua apa yang kita inginkan kita akan perolehi. Tetapi tidak wajar jika benda yang kita sangka akan dapat, kita akan memilikinya. Yang penting kita jangan berputus asa.

Luahkan rasa hati kita... "sudikah awak"...

Semoga kehidupan kita semua akan menjadi lebih baik. Terima kasih awak...

Sakit Hati Dan Dengki . . .

Assalamu'alaikuum..

Sakit hati merupakan perkara yang sering melanda kita, dalam keluarga, di tempat belajar, di tempat kerja, dan sebagainya. Pelbagai perkara yang boleh menjadi penyebab kepada rasa sakit hati. Terutama sakit hati apabila ditekan, disiku, disekeh oleh orang yang rapat dengan kita, lebih-lebih lagi di tempat kerja.


Ada yang telah melihat rakan2nya yang membelot, mengampu, dan membodek pihak2 yang berkepentingan untuk kepentingan sendiri. Hinggakan ianya menjadi penyebab kepada sakit hati kepada kita. Kita bekerja, berusaha dengan cara yang betul untuk membantu organisasi, akan tetapi, orang yang lebih kuat “menampakkan dirinya” (baca: membodek) akan lebih dipandang, dan orang-orang yang menjadi mangsa ini akan terus ditekan dalam-dalam.


Hingga ada yang mengeluh, tidak mendapat ganjaran yang sepatutnya, ada yang terus menerus dengan jawatan yang sama hingga berpuluh2 tahun (baca: lebih dua puluh tahun dah kira dah). Sedangkan kaki hebat mengampu ini, telah menaiki tangga jawatan hingga 5 kali! Wahh...hebat...hebat sungguh ampuannya...apapun, sekiranya kita berada dalam situasi orang yang ditekan, dan tidak mendapat kebaikan, atau kelebihan yang sepatutnya, janganlah bersedih hati, dan janganlah terlalu tertekan, kerana kebaikan itu pasti akan muncul. Mungkin setahun, mungkin 2 tahun, mungkin 10 tahun, mungkin 20 tahun, dan insyaALLAH, yang pastinya, kebaikan itu akan “muncul” di akhirat kelak.

Jadi, kembali kepada asalnya, dalam melaksanakan setiap perkara, dalam setiap perbuatan, yang paling penting, adalah NIAT. Ya! dengan niat yang ikhlas, kerana ALLAH s.w.t akan menjadikan hati-hati kita menjadi lebih tenang.Dengan niat ikhlas, kita akan redha dengan “perbuatan” ampu-ampuan ini, dan mendidik kita menjadi insan, MUSLIM yang lebih baik. Sama juga seperti SOLAT. Dengan niat yang ikhlas, tidak mahu menunjuk2, atau punya “kepentingan peribadi”, insyaALLAH, solat akan juga menjadikan hati kita lebih tenang dan redha dalam setiap perkara.


Wallahu'alam...Masih sakit hati? Ikhlaskanlah hatimu...