" ...kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang tetapi kebahagiaan boleh dimiliki dengan kasih sayang..."

Friday, May 17, 2013

Mencari Ketenangan



Bersyukur atas apa yang dimiliki. Tak perlu iri atas keberhasilan orang lain, kerana Tuhan telah mempersiapkan keberhasilan untukmu juga.

Dalam setiap keindahan, selalu ada mata yang memandang. Dalam setiap kebenaran, selalu ada telinga yang mendengar. Dalam setiap kasih, selalu ada hati yang menerima.

# ku menitip kebahagiaan.

Ohhh Engkaulah Guruku...


Sempena menyambut ulangtahun hari guru, saya berkongsi sedikit sebuah kisah pada zaman para sahabat Dimana kisah tentang Imam As-Shafie. Nama sebenar Imam As-Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.
 

Mengisahkan seorang lelaki Badwi yang kotor, busuk,jijik, comot yang hadir ketika Imam As-Shafie tengah mengajar anak-anak muridnya. Lalu Imam As-Shafie bangun lantas terus memeluk lelaki Badwi itu dengan erat sekali kerana sudah lama tidak berjumpa. Anak muridnya kehairanan mengapa gurunya sendiri iaitu Imam As-Shafie memeluk lelaki Badwi yang kotor, jijik, busuk dan comot itu. Kemudian, anak muridnya bertanyakan pada gurunya, "Wahai guruku, mengapakah kamu memeluk lelaki Badwi tadi itu". Lalu gurunya menjawab, "Aku memeluknya adalah kerana ia adalah guru aku".

Kisahnya bermula ketika mana Imam As-Shafie sedang mengaran sebuah kitab iaitu tentang Fiqah. Kemudian, Imam As-Shafie terdiam untuk menyambung penulisan nya itu kerana memikirkan bagaimanakah ingin membezakan anjing yang cukup umur dan tidak cukup umur. Lalu Imam As-Shafie terlintas tentang seorang lelaki Badwi yang banyak memelihara ternakan kambing, semestinya lelaki Badwi itu tahu kerana ia juga memelihara anjing untuk menjaga haiwan ternakannya. Dan Imam As-Shafie terus bergegas berjumpa dengan lelaki Badwi itu. Setelah Imam As-Shafie bertanyakan pada lelaki Badwi itu. Lalu lelaki Badwi itu menjawab, anjing yang cukup umur adalah bila ia kencing ia akan mengangkat kakinya dan anjing yang tidak cukup adalah bila ia kencing ia tidak mengangkat kakinya. 

Kemudian, sebuah kitab Fiqah telah lengkap disiapkan dengan bantuan lelaki Badwi itu.Imam As-Shafie berkata pada anak-anak muridnya, dia adalah guruku yang telah mengajar aku pada suatu ketika dulu. Saidina Ali r.a berkata, orang yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah guruku.Begitulah sebuah kisah tentang guru, dimana persepsi nilai seorang guru sungguhlah bermakna dan bererti kerana tanpa murrobi atau guru, maka sukarlah untuk kita ingin menuntut ilmu atau melakukan sesuatu. Hormatilah guru samada ia mengajar kita atau tidak, ia tetap sebagai guru. TERIMA KASIH GURUKU.

Thursday, May 16, 2013

Bergambar bersama Ketua Jabatan Diagtostik HRPB

Inilah hari terakhir kami semua berpraktikal di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak. Banyak kenangan di hospital ini. Daripada tahun pertama sampailah tahun terakhir "aku" praktikal kat sini, disebabkan hal-hal yang tertentu. Disinilah tempat kami mencari dan merangkak serta menggali ilmu untuk masa depan kami kelak. Kami diberi tunjuk ajar pada awal-awal sehinggalah kami masing-masing expert membuat kes atau mengendalikan pesakit. Selama 3 bulan kami praktikal di sini, rasa happy menjalinkan ukhwah atau silaturahim baikpun kawan-kawan, sahabat-sahabat, pelajar IPT lain, juru x-ray, doktor-doktor terutamanya Dr Shafie Baba, pesakit-pesakit serta yang lain-lain lagi. Kami harap pertalian pengenalan ini tidak terputus sampailah ke akhir hayatnya. Semoga Allah swt memberi hidayah dan petunjuk serta kejayaan samada di dunia dan akhirat. Ameen Ya Rabb.


Bila Kami Menjadi Kekasihmu



I LOVE RASULULLAH SAW
Wahai Rasulullah,
Kami merinduimu wahai Nabi Muhammad SAW,
Bak lentara yang menyinari alam ini,
Engkau penyuluh cahaya kegelapan maya,
Akhlakmu mengajari kami umatmu erti kehidupan,
Amalanmu menusuk dalam jiwa kami.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai Rasulullah,
Kami merinduimu wahat Nabi Muhammad SAW,
Engkau telah menghidupkan warna-warni Islam,
Tanpa dirimu kami pasti menjadi terpinggir daripada Agama,
Semangatmu mengajar kami erti perjuanganmu,
Peribadimu membuatkan kami menjadi terpesona dan kagum.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai Rasulullah,
Kami merinduimu wahai Nabi Muhammad SAW,
Budimu membuatkan kami jatuh cinta kepadamu,
Kerna dirimu Islam kini teguh dengan berdiri tegak,
Gerhana yang dilanda menyuburi akidah,
Yang tercipta agar kami beroleh syafaatmu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai Rasulullah,
Kami merinduimu wahai Nabi Muhammad SAW,
Malu diri kami menyatakan cinta kepadamu,
Kerana dirimu lebih mulia dan dijunjung tinggi,
Sedangkan kami umat insan yang biasa,
Dan engkau adalah pesuruh Allah SWT.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai Rasulullah,
Kami merinduimu wahai Nabi Muhammad SAW,
Akan kami pujuk jua hati dan jiwa ini,
Meluahkan rasa cinta dengan ucapan selawat untukmu,
Tanda penghargaan daripada kami umatmu.

© Nurkilan : Adam Dan Hawa.

Tuesday, May 14, 2013

Adakah Dia Milikku???


Kokokan ayam setiap hari mengejutkan aku!!! Waktu pagi yang sangat indah, menghirup udara segar heningan awan yang membiru serta kicauan burung yang menyenangkan jiwa Nash. Nash seorang yang penyabar, apa pun jua yang berlaku ia tetap melakukan sesuatu perkara itu dengan penuh teliti. Setiap pagi Nash bangun pagi, selepas solat subuh dia akan membuka tirai tingkap untuk mencari ketenangan pagi. Nash seorang yang masih penuntut IPT swasta, dia seorang yang gigih bila melakukan sesuatu kerja. Cuma agak sedikit malas terserlah bila untuk menyiapkan sesuatu kerja yang telah diberikan oleh pensyarah. Setiap hari Nash pergi ke kampus untuk menamatkan pelajaran, walaupun Nash tiada kelas dia akan tetap pergi ke kampus, untuk menelaah buku di perpustakaan dan berjumpa kawan-kawannya untuk berborak-borak. Nash seorang yang periang dengan lawakan yang memuaskan hati kawan-kawan, kadang-kadang dia tidak pandai bergurau kerana Nash agak tegas. Nash sentiasa memerhati gerak-geri setiap orang yang tidak kenal dan Nash boleh membaca fikiran orang lain dengan psikologi anugerahkan yang diberikan oleh Allah azza wa jalla. Dengan itu, Nash seorang yang bergaul dengan semua orang termasuk pensyarah-pensyarah, kakitangan kampus, kaunselor kampus, ustaz-ustaz serta orang kampung di sekitarnya.  Bagi Nash, dia mahu menjadi orang yang pertama mendapat sesuatu kerna ia memerlukan cabaran dalam sebuah kehidupan. Matlamat Nash sangat matang membuatkan orang lain terfikir tindakan yang dilakukan oleh Nash. Nash juga seorang yang hebat tentang perbincangan jodoh atau munakahat mengikut apa yang dituntut dalam islam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah, Aku Nash. Inilah dunia aku. Bagi aku, dunia ini bukan aku punya sebaliknya adalah persinggahan untuk aku mencari manfaat dan bekalan untuk pulang ke Jannah. Setiap hari, aku menjalani kehidupan seperti biasa serta dihempit dengan masalah dimana bagi aku masalah hanya mainan nafsu aku. Kerna aku yakin, Allah azza wa jalla sentiasa menguji hambanya samada secara manfaat atau mudarat, lapang atau sempit, dan sihat atau sakit serta semuanya ditentukan oleh yang Esa. Umur aku 21 tahun yang masih bertatih mencari ilmu duniawi dan ikhruwi tidak pernah cukup untuk mempersembahkan pada sang Pencipta yakni Allah azza wa jalla. Sekarang aku semester 4 mengambil dalam bidang perubatan. Bidang perubatan bukanlah satu bidang yang aku mahukan, tetapi disebabkan keinginan ibubapa aku yang inginkan aku mengambil bidang perubatan. Alhamdulillah, dengan restu dan berkat doa mereka, aku rasa tenang dan mudah untuk menerima ilmu. Jadual aku seharian,  pagi pergi ke kelas petang balik rumah rehatkan badan dengan riadah ringan mengadap laptop di dalam bilik. Bila masuk waktu solat, aku lebih banyak menghabiskan masa di masjid, dan malam mendengar kuliah daripada ustaz yang aku kenali dan sangat akrab perhubungan aku dengannya iaitu gelarannya Ustaz Syukri. Bila ada masa lapang, aku selalu ikut ustaz aku pergi menyampaikan kuliah-kuliah di masjid. Aku sangat tenang, kerna banyak “input” yang aku dapat daripada majlis ilmu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bila aku berborak dengan ustaz, dia selalu bertanyakan soalan yang sama pada aku iaitu perihal baitul muslim. Ustaz Syukri tanya pada aku, Enta bila nak bina masjidnya syeikh?. Aku menjawab, masih muda untuk ana fikirkan hal ni ustaz. Ustaz membalas, muda!!! Ana rasa enta boleh mula fikirkan masa depan enta sebagai ketua keluarga. Lalu diam dan terkelu lidah aku untuk membalasnya. Setiap hari perjumpaan aku dengan ustaz, soalan yang sama ditujukan dalam perbincangan antara aku dengan ustaz. Walaupun aku sentiasa berkongsi perihal jodoh dengan sahabat-sahabat, hebat bicara sebaliknya aku yang jatuh malu bila ada orang tanya, Nash, bila nak bina masjid. Kalau nak bincang bab jodoh memang tidak akan pernah habis bila bicara.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kadang-kadang hidup aku ini agak sunyi kerna ada something yang tidak lengkap dengan diri aku. Tetapi, aku tetap seperti biasa menjalani liku-liku kehidupan seharian dengan penuh kebahagiaan. Kemana sahaja aku pergi, aku selalu ungkapan perkataan KEBAHAGIAAN. Itulah perkataan yang aku sematkan dalam jiwa aku ini. Aku pergi belajar seperti biasa kerna peperiksaan akhir semester 4 sudah semakin hampir. Aku perlu membuat persediaan untuk meningkatkan prestasi aku dalam akademik demi memuaskan hati ibubapa aku yang kusayangi. Peperiksaan akhir semester 4 tinggal lagi empat minggu. Setiap subjek yang aku belajar agak membuatkan aku rasa ingin putus asa kerna yang amat susah. Bila aku jatuh kesusahan, orang yang pertama dengan aku mengadu of course lah!!! Allah azza wa jalla.Tetapi orang yang aku maksudkan adalah my mom dan my dad, tetapi lebih cenderung kepada mama aku. Sebab mama aku lebih memahami aku, bukan maksud papa aku tidak memahami tetapi mama aku lebih manja daripada papa aku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku terlalu aktif dengan program-program persatuan kampus yang telah dianjurkan. Lebih-lebih lagi bila program yang melibatkan kerohanian. Yang paling best bila ada usrah, kerna usrah dapat mendidik aku dengan lebih mantap untuk menjadi seorang hamba muslim yang beriman dan beramal soleh. Sehinggalah aku dilatih menjadi naqib(pengantara) dalam menjaga anak-anak usrah aku. Demi menjaga kekuatan ukhwah aku akan bersama dengan mereka.
(Empat minggu telah berlalu)
Hari ini, telah tamat kertas peperiksaan akhir bagi semester 4. Akhirnya, aku telah bebas daripada bebanan yang membuatkan aku penat untuk belajar. Maka bercutilah aku selama sebulan setengah dengan bersama orang yang tersayang di kampung halaman. Aku menghabiskan cuti-cuti aku dengan keluarga aku dengan membantu papa mama aku di sebuah restoran di pekan. Aku sikit pun tidak mengharapkan ganjaran wang setiap kerja yang aku lakukan. Bagi aku, sudah cukup pengorbanan dan kasih sayang mereka terhadap aku. Aku mempunyai 3 orang adik beradik dan aku adalah anak yang ke-2, yang sulung seorang abang yang telah pun mendirikan rumahtangga dan bongsu adik aku perempuan yang masih mentah yang berumur 10 tahun. Kami satu keluarga yang sangat bahagia, makan bersama, susah senang bersama, keluar bersama, bercuti bersama dan semuanya bersama. Tetapi dalam masa cuti aku bersama keluarga aku sahaja. Seminggu sebelum aku mula untuk masuk ke kampus untuk sesi pendaftaran untuk semester baru, bermulalah satu keajaiban yang aku tidak sangka bahawa aku telah rasa perasaan aku telah memikiran masa depan untuk mencari pasangan hidup. Dengan peroleh ilmu agama yang sedikit, aku mulakan istikharah setiap malam. Dan terdetik seorang puteri dalam mimpi aku, aku tidak pernah kenal dia. Tetapi aku pernah tegurnya atas dasar hal pekerjaan. Pada suatu hari, aku cuba untuk mencari profil dia. Dengan bantuan Allah azza wa jalla, aku menemui profil melalui seorang kawan aku yang rapat berkawan dengan seorang puteri ini. Tanpa membuang masa, aku berdoa lalu aku beritahu pada kawan aku untuk bantu aku dalam proses berkenalan. Setelah dapat tahu si puteri ini masih belum dipetik, lalu menyampaikan hasrat hati padanya. Dengan menggunakan orang tengah yakni kawan aku kepada kawan dia, si puteri menyuruh aku melakukan solat istikharah selama tiga hari berturut-turut. Semenjak daripada itu, aku mula lakukan setiap malam sebelum aku melenakan tidurku dengan istikharah. Hari ke-2 solat istikharah aku, aku telah mimpikan si puteri. Maka dengan kata hati aku bahawa dialah milikku kelak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selepas dua minggu berlalu, aku mula berkenalan dengan si puteri. Nama dia Yasmeen, seorang pelajar dalam bidang perbankan islam di sebuah kolej islam. Umurnya sama umur dengan aku, itu membuatkan aku rasa lebih bahagia. Aku telah menyampaikan hasrat hati aku pada dia. Yasmeen adalah seorang perempuan yang melabuhkan kainnya demi menjaga aurat serta maruahnya sebagai umat islam. Bagi aku, Yasmeen juga adalah seorang yang berpengetahuan dalam ilmu agama yang sangat luas. Yasmeen tinggal di negeri Perak dan tempat belajarnya di Kedah. Setelah perkenalan kami hampir sebulan, akutext pada dia, bilakah saya boleh berjumpa dengan keluarga awk?. Dia menjawab text aku, insya’allah, jika diizinkan Allah swt, pasti dipermudahkan. Sabar yer Nash. Setelah genap sebulan perkenalan aku dengan Yasmeen, dia bersetuju untuk menjadi zaujah aku kelak. Pada masa yang masa, dia telah beritahu pada keluarganya tentang aku.
(Sesi pendaftaran untuk semester baru)
Kembali bersama dengan kawan-kawan, sahabat rapat, kakitangan kampus dan pensyarah-pensyarah yang menjadi kebiasaan bila telah terlalu lama cuti, kini ukiran rindu telah terukir dalam hati. Masing-masing beratur untuk daftar semester baru, melihat gelagat dan kerenah pelajar-pelajar yang sedangsyok bercerita tentang percutian masing-masing. Ada yang bekerja, ada yang pergi bercuti, dan pelbagai lagi. Masing-masing muka yang sangat gembira bagai terbang di awanan. Tetapi aku berbeza sedikit kerna dalam buah fikiran aku hanya memikirkan tentang Yasmeen, entah lah kenapa dengan fikiran aku asyik teringat akan si dia. Sehinggalah, aku mendapat text berita daripada Yasmeen,Assalamualaikum, awak free tak minggu ni? Bolehlah dating jumpa keluarga saya. Aku membalas dengan rasa penuh gembira, Waalaikumusalam, kalau begitu baiklah. Saya akan datang ke rumah awak minggu ini. Yasmeen, Syukran, Jazakallahu khair. Aku, Afwan ukhti, wa iyyaka. Dalam debaran aku untuk persiapan diri untuk ke rumahnya, aku mengadu pada seorang kakitangan HEM di kampus aku yang aku percayai untuk teman aku ke rumah Yasmeen. Tibalah pagi Sabtu, hari yang memberikan kenangan yang tidak mungkin aku lupakan. Bergeraklah aku bersama kakitangan HEM ke rumah Yasmeen pada waktu pagi Sabtu. Dalam perjalanan aku ke rumahnya, berboraklah aku dengan kakitangan HEM yang aku panggil En. Fadzil. Sementara itu, En. Fadzil bertanyakan pada aku bagaimana aku boleh jumpa dengan si Yasmeen. Aku cerita A sampailah Z bagaimana pergenalan aku ketika dengan Yasmeen. Dalam perjalanan nak ke rumah Yasmeen, kami sesat walaupun telah diberikan alamat rumah. Lalu aku bertanya pada makcik yang berniaga di gerai tepi jalan, debaran aku semakin meningkat untuk ke rumah Yasmeen.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hah!!! Inilah rumahnya, kata aku pada En. Fadzil. Sambil memandang rumahnya ibarat Rumahku, Syurgaku sambil mencari tempat meletakkan kereta. Melangkah kaki kanan keluar daripada pintu kereta aku, lalu ayah Yasmeen keluar menunggu aku di hadapan pagar rumah. Berdebar-debar aku.Assalamualaikum, pakcik. Sahutan salam buat bakal mertuaku. Masuklah aku ke dalam rumah Yasmeen, dihidangkan air dan kuih untuk sarapan pagi yang telah dibuat oleh Yasmeen. Ia membuatkan aku rasa lebih bahagia dan rasa beruntung aku dapat Yasmeen, Insya’allah. Aku melihat muka ibu Yasmeen, dia balas senyuman pada aku. Duduklah kami di atas kerusi, berborak-borak dengan sesi ta’aruf, dengan keluarga Yasmeen sambil menyampaikan hasrat aku ke rumah keluarga Yasmeen. Rupa-rupanya ayah Yasmeen seorang yang pemalu dan tidak banyak bercakap berbanding ibu Yasmeen yang banyak bercerita dan bertanya soalan pada aku. Sampailah tengahari perbualan kami antara ibu dan ayah Yasmeen, kami dihidangkan juadah makan tengahari yang telah dimasak oleh Yasmeen sendiri. Makan bersila bersama keluarga Yasmeen, hidangan yang sangat sedap membuatkan aku tambah nasi dan lauk yang dimasak oleh Yasmeen. Dan aku berkata pada keluarga Yasmeen,
“…maaf pakcik dan makcik, saya tahu saya masih muda dan masih belajar, tapi saya ikhlas dengan anak pakcik dan makcik. Saya dah fikir masak-masak, kalau keluarga pakcik dan makcik izinkan Yasmeen menjadi zaujah saya, saya ingin membawa keluarga saya untuk datang berbincang dengan pakcik dan makcik. Kalau jadi, insya’allah, bila saya habis belajar nanti saya berkahwin dengan anak pakcik dan makcik…”
Ayat aku yang agak romantis, kemudian azan zuhur telah berkumandang. Kami bersama ayah Yasmeen pergi ke masjid yang berdekatan dengan rumah untuk menunaikan kewajiban bagi setiap orang islam. Setelah selesai menunaikan solat zuhur di masjid, kami beransur untuk pulang ke rumah sambil melihat suasana kawasan perumahan taman. Hari semakin gelap, dengan ungkapan kata terakhir bagi keluarga Yasmeen, aku mohon mengundur diri untuk pulang ke rumah. Aku berkata, pakcik dan makcik saya minta diri dululah, ada masa nanti saya datang ziarah pakcik dan makcik lagi (sambil bersalaman dengan ayah Yasmeen), Assalamualaikum. Pulanglah aku bersama En. Fadzil dengan hati yang sangat gembira. Setelah sampai di rumah aku, aku menerima satu text daripada Yasmeen sendiri mengatakan bahawa, Assalamualaikum, awak. Ibu dan ayah saya setuju perhubungan kita. Aku membalas,Waalaikumusalam, Alhamdulillah. Allah telah permudahkan urusan kita. Pada masa itu, aku tidak lagi rasa runsing dan risau kerna aku telah ada persetujuan daripada ibu dan ayah Yasmeen.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Antara aku dengan Yasmeen masih belum ada ikatan apa-apa lagi. Jadi perhubungan kami tidak rapat sebelum kami belum diijabkabulkan. Setelah 5 bulan pengenalan aku dengan Yasmeen, banyak kenangan dan dugaan serta cabaran yang kami lalui, tetapi aku tetap sabar dan teguh dengan perasaan dan ujian Allah azza wa jalla. Tiba-tiba, setelah dua minggu kami tidak berhubung, aku text pada Yasmeen,
Aku, Assalamualaikum, Yasmeen. Lama tak dengar khabar awak? Sihat ke?
Yasmeen, Waalaikumusalam awak. Sihat? Awak, saya rasa kita tak boleh nak go on lagi lah. Saya taknak teruskan perhubungan kita lagi.
Aku, Asta,ala. Allahuakbar, kenapa ni awak? Saya ada buat salah ke?
Itulah kata-kata yang aku terima daripada Yasmeen, semenjak itu aku tidak lagi bermaya dan tidak bersemangat untuk melakukan sesuatu. Aku tidak mengerti, sedangkan aku telah berjumpa dengan keluarganya, diapun telah berjumpa dengan keluarga aku dan kami telah mendapat persetujuaan antara satu sama lain. Aku telah merancang kehidupan aku, aku telah pun mula menyimpan wang untuk semata-mata untuk bersama dia. Pada aku, tidak ada siapa-siapa melainkan dia seorang. Aku cuma ada dia, dan aku hanya perlukan dia. Semua telah di atur dan di rancang, tiba-tiba menjadi satu ujian yang sangat berat untuk aku menerimanya. Aku tetap tabahkan diri aku, kerna aku yakin itu semua adalah ujian daripada Allah swt,
Dalam surah ar-rad ;
“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…”
Dalam surah al Kahfi ;
“…Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya…”

Aku memohon pada ya Rabb, semoga diberikan petunjuk dan jalan kekuatan untuk diri aku. Rasulullah s.a.w bersabda;

Sesiapa jua menanam sepohon pokok, dijaganya dengan sabar dan dipeliharanya sehingga berbuah (berhasil), maka Allah SWT akan mengira buahnya (hasilnya), tidak kira siapa pun yang bermanfaat darinya (semua mahluk Allah), sebagai bekalan amalan jariah kepada penanamnya”  (Riwayat ahmad)

(akan bersambung untuk yang seterusnya….)

Sekian, selamat membaca wahai pejuang mujahid dan mujahidin