" ...kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang tetapi kebahagiaan boleh dimiliki dengan kasih sayang..."

Friday, May 17, 2013

Ohhh Engkaulah Guruku...


Sempena menyambut ulangtahun hari guru, saya berkongsi sedikit sebuah kisah pada zaman para sahabat Dimana kisah tentang Imam As-Shafie. Nama sebenar Imam As-Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.
 

Mengisahkan seorang lelaki Badwi yang kotor, busuk,jijik, comot yang hadir ketika Imam As-Shafie tengah mengajar anak-anak muridnya. Lalu Imam As-Shafie bangun lantas terus memeluk lelaki Badwi itu dengan erat sekali kerana sudah lama tidak berjumpa. Anak muridnya kehairanan mengapa gurunya sendiri iaitu Imam As-Shafie memeluk lelaki Badwi yang kotor, jijik, busuk dan comot itu. Kemudian, anak muridnya bertanyakan pada gurunya, "Wahai guruku, mengapakah kamu memeluk lelaki Badwi tadi itu". Lalu gurunya menjawab, "Aku memeluknya adalah kerana ia adalah guru aku".

Kisahnya bermula ketika mana Imam As-Shafie sedang mengaran sebuah kitab iaitu tentang Fiqah. Kemudian, Imam As-Shafie terdiam untuk menyambung penulisan nya itu kerana memikirkan bagaimanakah ingin membezakan anjing yang cukup umur dan tidak cukup umur. Lalu Imam As-Shafie terlintas tentang seorang lelaki Badwi yang banyak memelihara ternakan kambing, semestinya lelaki Badwi itu tahu kerana ia juga memelihara anjing untuk menjaga haiwan ternakannya. Dan Imam As-Shafie terus bergegas berjumpa dengan lelaki Badwi itu. Setelah Imam As-Shafie bertanyakan pada lelaki Badwi itu. Lalu lelaki Badwi itu menjawab, anjing yang cukup umur adalah bila ia kencing ia akan mengangkat kakinya dan anjing yang tidak cukup adalah bila ia kencing ia tidak mengangkat kakinya. 

Kemudian, sebuah kitab Fiqah telah lengkap disiapkan dengan bantuan lelaki Badwi itu.Imam As-Shafie berkata pada anak-anak muridnya, dia adalah guruku yang telah mengajar aku pada suatu ketika dulu. Saidina Ali r.a berkata, orang yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah guruku.Begitulah sebuah kisah tentang guru, dimana persepsi nilai seorang guru sungguhlah bermakna dan bererti kerana tanpa murrobi atau guru, maka sukarlah untuk kita ingin menuntut ilmu atau melakukan sesuatu. Hormatilah guru samada ia mengajar kita atau tidak, ia tetap sebagai guru. TERIMA KASIH GURUKU.

No comments:

Post a Comment