" ...kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang tetapi kebahagiaan boleh dimiliki dengan kasih sayang..."

Thursday, October 20, 2011

Dialog Imam Al-Ghazali dengan Para Anak Muridnya

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya… Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”. Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” ( Surah Ali Imran 185 ) Kedua : Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Ketiga : Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”. Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam . “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” ( Surah Al A’araaf 179 ) Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka . Keempat : Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?” Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”. “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 ) Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak boleh memegang amanahnya. Kelima : Pertanyaan yang kelima adalah, ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”. Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah “meninggalkan solat”. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat. Keenam : Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”. Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Tuesday, October 18, 2011

Cinta Allah Cinta Abadi

Assalamualaikum... Ana just nk berkongsi cerita ini... A : maaf..tumpang tnya..Lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS YOU kat mane ye? B : Encik jalan trus ikut jalan ILAHI, nampak simpang tiga masuk belah kanan, ikut jalan NIKAH, sepanjang jalan tu, akan nampak belah kanan, kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sbelah kiri pasar sibuk sket, iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI. haa itu tandany encik brada di jln yg betul.. semoga selamat smpaii! CINTA ALLAH CINTA ABADI ♥

Sunday, October 16, 2011

Kami Satu Rumah

Nie gambar kami satu rumah~ 13/10/2011 bersamaan hari khamis - Alhamdulillah, imam syafie berkata "man jadda wa jadda" , mksudnya barangsiapa berusaha dengan bersngguh-sungguh pasti akan mndapat hasilnya. Jadi, hidup nie jangalah ada sifat "berputus asa". cz allah tak suka. Ermm, alhamdulillah.pd hari khamis ana talah mnjayakan program ana yang ana telah rancang dan telah lakukan mula2 ana masuk "u" lagi... pada tarikh tersebut ana ada buat majlis doa selamat, bacaan yasin, solat hajat, solat berjemaah... ana bersyukur sgt2. allah telah tnjukkan jalan mudah pada ana. Ana cuma nk berkongsi dengan orang ramai sekeliling ana ini, terutamanya umat islam . saudara ana sendiri. Erm, segala kerja atau sesuatu bermula degan "nawaitu"..yakni niat.. Sabda baginda SAW, segala amalan, sesuatu pekerjaan yg dilakukan adalah bergantung pada niat.. Jadi, btol lar kan... cuba kita niat baik,insyallah pasti kita akan dibalas baik...huhu~~ Nak jadi kan cerita, pada mulanya ana target kehadiran yg ana jemput adalah seramai 40orang jer.. tapi xsangka lebih daripda tu yang dtg. tu pun xtermasuk dengan kehadiran muslimat.. memang penuh dalam umah muslimin yang datang.allahu akbar.. time tu ana nak menitis air mata pun ada. sebab kegembiraan yang MELANDA..masyallahh. erm, memang penuh umah dengan kumandang bacaan yasin serta solat.. Bilangan sejadah sebanyak 15 sejadah... Lepas shaja grup muslimin balik, smpai plak grup muslimat..fuhhh.. dh mcm kenduri dh rumah ana time tu... oppsss,lupa plak.. tujuan ana buat majlis tu adalah utk bertujuan smpena BULAN FINAL EXAM. jadi ana buat majlis adalah utk dipermudahkan jalan dalam menjwab peperiksaan final nanti...huhu~~ erm, lepas tu ana ada buat majlis makan-makan sikit.. mmg penuh rumah. mybe sebab ana yang masak kot...hehehe~~ masakan ana sgt special, kebetulan pada hari tu,ana just ada kelas pagi jer.. apa lagi,mula lah rancangan ana... so alhamdulillah berjaya dengan rezeki Allah bagi... Apa pun ana rasa sangat gembira... Time kejadian yang berlaku, ana xsempat pun nak berborak dengan sahabat ana yang datang(cehh padahal sume kawan ana)... erm sebab ke hulu ke hilir dengan nk ciapkan makanan..masak lagi. bakar ayam..huhu.~~ Erm, syukran pada kawan2,rakan2,sahabat2 ana yang sudi datang utk mengimarahkan majlis ana...Terima Kasih Semua...~~ jazakallah..

Sunday, October 2, 2011

Rumah Anak Yatim Nurul Iman, Taiping

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah.. Assalamualaikum dan apa kaba smua.?? Lma ana xupdate ana punyer "blog' sebab ana kurang pandai main "blogger" nie.ana dah lama mencari sifu untuk mengajar ana main "blog" nie.. Jadi, nmpak gmbar atas sebelah kiri tu. time nie ana buat slot ana dengan bersama anak2 yatim. Seronok sgt. Ana bersama2 dengan group ana yakni Ibnu Sina Club RCMP. Nama tempat rumah anak yatim nie RUMAH ANAK YATIM NURUL IMAN kat KEMUTING TAIPING. A'ah mner yang ada masa lapang tu nanti bleh melawat tempat nie yer. "hulurkan tangan,ringgankan beban" sesuaikan x dgn pepatah tu. Sabda Rasulullah SAW. "wahai malaikat raqi' dan ati', janganlah kamu mencatatkan kesalahannya jika mereka tidak melakukannya, dan catatlah satu kesalahannya jika mereka melakukan satu kesalahan semisalnya, dan hendaklah kamu mencatatkan 10 kebaikannya jika ia melakukan kebaikan, serta catatlah satu kebaikan bagi mereka tidak melakukannya tetapi mereka berniat utk melakukan kebaikan semisalnya. Nak jadi kan cerita, time bersama2 dgn ank yatim tu. ana keluarkan citer pada mereka. Citer ape.!!! Citer kisah "ADAM DAN HAWA".. allahu akbar. nk jadikan citer lagi. mereka nie(adik2) nie pndai sgt. mereka tahu kisah adam dan hawa. siap dgn lagu lagi mereka ana.. hebat kan...!!! tapi ana sedih sgt tgk mereka kerana mereka lahir tnpa kasih sayang ibubapa kandung mereka sendiri. kita beruntung kan lahir2 ada ibubapa yang memberikan kita kasih sayang, mkan_minum, tmpat tnggal, pakaian, bekalan wang, belajar.. Tapi pernahkah kita sedar,dan pernahkah kita rasa bersyukur. ..??... wallahu alam.