" ...kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang tetapi kebahagiaan boleh dimiliki dengan kasih sayang..."

Friday, October 25, 2013

Sudikah Awak.??

Sudikah awak.???

"janganlah kamu memilih perempuan yang musyrik sebelum ia memeluk islam. Sesungguhnya ia lebih baik daripada perempuan musyrik. Janganlah kamu memilih lelaki yang musyrik sebelum ia memeluk islam. Sesungguhnya ia lebih baik daripada lelaki musyrik". Surah Al Baqarah  221


Dalam banyak-banyak perkara dan benda yang kita sering lakukan. Sudah tentu kita perlu berfikir akan masa depan kita kelak dimana kita semua mahu mendirikan rumahtangga yang bahagia menuju ke Syurga. "Sudikah Awak" adalah ayat yang paling mudah untuk kita ungkapkan tetapi hati sangat jauh untuk membezakan adakah dia untuk kita. Tidak kiralah lafaz yang bagaimana samada si lelaki melafazkan hajatnya pada seorang wanita atau wanita melafazkan hajatnya pada seorang lelaki. Apabila kita telah betul-betul ingin menyampaikan hajat kita, ingatlah wahai sahabat-sahabat. Janganlah terlalu gopoh membuatkan keputusan sebelum kita merujuk, meneliti, selidik, mengenal antara satu sama lain, serta memohon kepada sang Pencipta agar hati kita terbuka untuknya.

Apabila pilihan yang kita buat itu tepat yakinlah bahawa kita telah mewujudkan suasana kebahagiaan bersama pasangan kita serta menjadikan sebuah kehidupan yang lebih baik seperti anugerah Tuhan berikan kepada kita. Hati akan menjadi lebih tenang selepas kita bersama dan senang bertolak ansur pabila melakukan sesuatu kerja. Tipulah jika kita sebagai manusia tidak diuji dengan masalah. Tuhan sentiasa menguji manusia apatah lagi jika seseorang itu dalam keadaan senang. Oleh itu, jangan kita tanamkan sifat putus asa. Kerana Tuhan ingin menguji kita sejauh mana tahap kesabaran seseorang manusia.

Jadi, lafazkanlah "sudikah awak" kepada insan yang kita betul-betul rasa dialah untuk kita yang boleh menjana senyuman dan kebahagiaan dala kehidupan kita. Jangan kita memendam perasaan suka kerana kelak ia akan menyeksa diri kita membuatkan kita rasa jauh dengan keadaan sekeliling kita. Mohonlah pada sang Pencipta agar kita diberi petunjuk dengan sebaik-baik yang kita inginkan. Sudah termaktub di dalam kalamullah bahawasanya Tuhan menyuruh kita "memilih" bukannya "membuat pilihan". Tuhan bukan menyuruh kita meletakkan dan menyerahkan jodoh kepada-Nya sebelum kita berusaha mencari tetapi Tuhan menyuruh agar kita berserah kepada-Nya setelah kita penat berusaha dan tidak mampu melakukannya. Ingat, kita manusia. Tidak semua apa yang kita inginkan kita akan perolehi. Tetapi tidak wajar jika benda yang kita sangka akan dapat, kita akan memilikinya. Yang penting kita jangan berputus asa.

Luahkan rasa hati kita... "sudikah awak"...

Semoga kehidupan kita semua akan menjadi lebih baik. Terima kasih awak...

No comments:

Post a Comment